Wednesday 17 April 2013

Isi kandungan


IBADAH:
SOLAT FARDHU
1) Pengertian Solat
Bahasa : Doa
Istilah : Ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
2) Rukun Solat
1. Takbiratul Ihram
‏‏2. Niat
3. Berdiri betul
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk di antara 2 sujud
9. Duduk Tahiyat Akhir
10. Membaca Tahiyat Akhir
3) Syarat wajib solat
1. Islam – tidak wajib ke atas orang kafir
2. Baligh – tidak wajib ke atas kanak-kanak
3. Berakal – tidak wajib ke atas orang gila, bodoh atau terencat akal.
4. Boleh mendengar dan melihat
5. Suci daripada haid dan nifas
SIRAH:
SIRAH RASULULLAH
1) Nasab Rasulullah
Beliau adalah Abu al-Qasim Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutthalib bin Hasyim bin Abdimanaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaima bin Mudrikah bin Ilyas bin bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan bin Udad bin al-Muqawwam bin Nahur bin Tayrah bin Ya’rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim “Kekasih Allah” (alaihima as-salam) bin Tarih atau Azar bin Nahur bin Saru’ bin Ra’u bin Falikh bin Aybir bin Syalikh bin bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh (alaihis salam) bin Lamk bin Mutusyalkh bin Akhnukh –yaitu Nabi Idris keturunan Nabi Adam yang pertama menjadi nabi dan yang menulis dengan pena– bin Yarda bin Mahlil bin Qinan bin Yanish bin Syits bin Adam alaihissalam.
Nasab ini disebutkan oleh Muhammad bin Ishak bin Yasar al-Madani di salah satu riwayatnya. Nasab Rasulullah sampai Adnan disepakati oleh para ulama, sedangkan setelah Adnan terjadi perbedaan pendapat. Yang dimaksud Quraisy adalah putra Fihr bin Malik atau an-Nadhr bin Kinanah.
2) Kelahiran Rasulullah
Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun Gajah bulan Rabiul Awal, tanggal dua, hari Senin. Sebagian ulama mengatakan bahwa beliau dilahirkan setelah tiga puluh tahun dari tahun gajah. Sebagian lagi mengatakan setelah empat puluh tahun dari tahun gajah. Pendapat yang benar adalah pada tahun gajah.
3) Hijrah Rasulullah
Rasulullah SAW hijrah ke Madinah bersama Abu Bakar as-Siddiq ra dan budaknya Amir bin Fuhairah serta seorang penunjuk jalan Abdullah bin al-Uraiqit al-Laitsi yang masih kafir. Selanjutnya Rasulullah SAW berdakwah di Madinah selama sepuluh tahun.
ADAB:
ADAB MENGHORMATI GURU
1) Adab menghormati guru
  • Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka.
  • Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir.
  •  Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan khidmat tersebut.
  •  Mereka memandang guru dengan perasaan penuh hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru.
AKIDAH:
(PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT)
1) Maksud Hari Kiamat
 Maksud hari kiamat ialah nama bagi masa yangberlakunya kejadian huru hara dankehancuran seluruh alam ini. Semuamakhluk dimatikan. Kemudian semuamaknusia akan dihidupkan semula untukdikira segala amalannya semasa di dunia.Mereka berbuat baik akan di masukkan kedalam syurga dan mereka yang berbuatjahat akan di masukkan ke dalam neraka.
2) Hukum percaya kepada hari kiamat
 Kita wajib percaya bahawa harikiamat akan tiba. Percaya hari kiamat adalah salah satu rukun iman
3) Tanda-tanda kecil hari kiamat
  • .Masa terasa semakin pendek.
  • Orang-orang miskin menjadi kaya rayadan mampu mendirikan bangunan tinggi
  • Minuman yang memabukkan sepertiarak menjadi kemegahan
  • Sering berlaku pergaduhan dan peperangan
  • Sering berlaku gempa bumi
  • Bilangan perempuan lebih ramai daripada lelaki
  • Banyak bilangan orang jahil daripada bilangan orang alim
  • Berlaku peperangan antara kaum muslimin dengan yahudi
  • Urusan-urusan umat islam dipegang oleh orang yang bukan ahlinya
  • Negeri-negeri kecil disatukan menjadi negeri besar

No comments:

Post a Comment

RPH PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Contoh Amalan Fardhu Kifayah